Friday 30 May 2014

PANDUAN MEMOHON PINJAMAN KERAJAAN BAGI PEMBELIAN RUMAH

Assalamualaikum...

hai..ok..hari ini saya akan terangkan secara ringkas mengenai pinjaman kerajaan bagi pembelian rumah ye..ok bagi yang tidak tahu..saya ingin maklumkan pinjaman kerajaan ini hanya boleh dipohon oleh kakitangan kerajaan sahaja ye.

Bagi kakitangan kerajaan, adalah lebih elok untuk mereka menggunakan pinjaman kerajaan ini sekiranya mereka layak kerana kadar faedah adalah jauh lebih rendah..namun begitu, kerana kesukaran untuk memohon pinjaman ini dan juga terlalu banyak prosedur yang tidak difahami membuatkan ramai kakitangan kerajaan akhirnya menggunakan pinjaman bank.

Memang terdapat perbezaan di antara prosedur untuk memohon pinjaman bank dan juga pinjaman kerajaan. cara untuk memohon pinjaman bank adalah jauh lebih mudah dari cara memohon pinjaman kerajaan. sebelum pembeli boleh membuat pinjaman kerajaan, mereka perlu terlebih dahulu melantik peguam untuk menyediakan S&P(Perjanjian Jual Beli) BOLEH JUGA LANTIK PIHAK SAYA UNTUK MENJADI PEGUAM JIKA SUDI..HEHEHE (bagi yang tidak tahu, saya sendiri adalah merupakan peguambela & Peguamcara yang beramal di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan pejabat di Sepang..oleh itu firma guaman saya mengendalikan S&P jual beli termasuk di luar kawasan KL seperti Bangi, Seremban DLL).

Selain itu, pinjaman ini juga hanya boleh dipohon setelah Consent (Jika ada) diperolehi dari pejabat tanah. Kesemua urusan ini sebenarnya akan dilakukan oleh peguam yang dilantik.Setelah prosedur peguam ini selesai...banyak lagi prosedur yang perlu dilakukan seperti insurans dll.kesemua urusan ini perlu dilakukan sendiri oleh peminjam. kebanyakan firma  guaman tidak akan menguruskan proses permohonan pinjaman, bahagian insurans..mengisi borang permohonan dll. kesilapan mengisi borang permohonan dan ketidakpatuhan terhadap syarat2 penting BPP akan menjadi faktor kelewatan pihak BPP memproses pinjaman anda. Oleh kerana tiada bantuan peguam bagi proses ini, ia mengakibatkan kesukaran di pihak pembeli untuk membuat permohonan pinjaman dengan BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia)

Saya faham bahawa proses ini sebenarnya agak rumit untuk dilakukan oleh pembeli rumah terutama sekali pembeli rumah kali pertama. Di atas faktor ini,  saya telah mengambil inisiatif untuk membantu pembeli-pembeli rumah yang menggunakan pinjaman kerajaan menyelesaikan masalah berkaitan pinjaman mereka. bagi mereka yang kurang arif mengenai pinjaman kerajaan, mengenai insurans yang perlu diambil dll..boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan panduan. Sekiranya firma guaman saya dilantik untuk menguruskan transaksi jual beli tersebut juga, pihak kami juga  akan menguruskan kesemua urusan tersebut termasuklah membantu pembeli mengisi borang secara atas talian menguruskan pembelian insurans dan sebagainya tanpa sebarang caj tambahan untuk memudahkan pembeli. SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA UNTUK TUJUAN PEMBELIAN INSURANS..PEMBELI TIDAK PERLU MEMBUAT SEBARANG BAYARAN KEPADA PIHAK YANG MENGURUSKAN INSURANS TERSEBUT...SEKIRANYA MEREKA MEMINTA SEBARANG BAYARAN..INI BERMAKNA MEREKA BERNIAT UNTUK MENIPU DLL.SILA HUBUNGI SAYA UNTUK PENJELASAN LANJUT.

Namun begitu, sekiranya pihak tuan/puan telah mempunyai peguam sendiri pula.Pihak peguam akan menyerahkan dokumen yang perlu untuk digunakan dalam permohonan pinjaman dan meminta anda menguruskan sendiri berkenaan dengan pinjaman dari peringkat mengisi borang permohonan secara online, mencari insurans, penilaian dll. akan tetapi, sekiranya pihak tuan/puan memerlukan bantuan untuk saya menguruskan bahagian pinjaman juga boleh berhubung dengan saya.Jangan segan-segan. Insyaallah saya akan membantu tanpa meminta sebarang bayaran dari pihak tuan/puan. mungkin di lain waktu..kita tetap boleh bekerjasama. Sekiranya peguam tuan/puan tidak membantu dari segi permohonan pinjaman dll jangan salahkan peguam anda kerana itu memang bukan salah satu dari skop tugas mereka. sekiranya mereka tidak membantu, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan saya..saya juga boleh membantu tuan puan untuk  permohonan pinjaman tuan/puan. saya akan membantu tuan/puan untuk dari peringkat mengisi borang pinjaman secara dalam talian hinggalah menguruskan insurans anda dan juga seterusnya menghantar dokumen-dokumen berkaitan ke BPP di Putrajaya tanpa pihak tuan/puan perlu membayar saya  kos/ caj satu sen pun.Saya mempunyai staff terlatih yang dipantau secara langsung oleh saya yang boleh membantu pihak tuan/puan mengisi borang permohonan tersebut secara online. pihak tuan tidak perlu mengisi borang tersebut bagi mengelakkan sebarang kesilapan kerana kesemua urusan tersebut akan dilakukan oleh staf saya yang sememangnya berpengalaman di dalam permohonan pinjaman kerajaan ini di bawah pengawasan saya..TIADA SEBARANG BAYARAN  yang perlu dilakukan oleh pihak tuan/puan untuk perkhidmatan ini..hanya perlu poskan/kurier dokumen kepada saya sahaja dan saya akan uruskan untuk mengisi borang pinjaman secara online..uruskan insurans...dll dan seterusnya menghantar dokumen tersebut terus ke BPP di Putrajaya.

sekiranya pihak tuan/puan perlukan bantuan dan penerangan lanjut..boleh hubungi saya (Ridzuwan)  di:

email: panduanbelirumah@gmail.com

mobile: 018-2345277